BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Monday, December 31, 2012

Terbang

     



       Melihat ke langit nun jauh di sana,terasa ingin terbang setinggi-tingginya dan sebebasnya walaupun gayat namun tetap ada keinginan ingin terbang. Walaupun tiada kemampuan untuk terbang akan tetapi dapat menerbangkan fikiran dan jiwa setinggi-tingginya sudah cukup untuk merasa seperti terbang di langit. Lepaskan segala yang merungsing terbang ke angkasa agar tiada yang tersisa di jiwa. Begitulah hidup di dunia ini, ada yang tenang dan ada yang memberatkan. Justeru, itulah dinamakan kehidupan. Segala yang terjadi adalah untuk dinikmati dan diambil pelajarannya. Tiada istilah bebanan dalam kehidupan, cuma itu adalah ujian dalam menentukan kehidupan kita yang seterusnya. Kita dapat membayangkan apapun perumpamaan, yang pasti perjalanannya hanya satu. Moga kita mampu terbang ke tempat itu dan terbangkan jua doamu pada ilahi. 


kepada dan daripada

hari demi hari,semakin jauh waktu yg lalu meninggalkan kita..mengingatkan kembali membuatkan kita berfikir betapa muda nya waktu itu..keburukan yg akn terjadi tidak pernah terbyg di fikiran..namun,penyesalan tidak pernah ada kerana kehadiran mereka bgaikan satu kenangan yg baik utk dikongsi..ingin memohon maaf kepada sesiapa yg pernah disakiti mahu sengaja atau tidak sengaja..jika waktu bisa berputar semula,ingin ku memperbaiki segalanya..rasa hnya ada pada suka dan cinta bukanlah yg utama..mngenali seseorg adalah sesuatu yg sukar utk dilupakan..dan sentiasa dlm ingatan..tiada dendam,tiada amarah..tiada berkecil hati..hnya ingin merasa sedikit syg dihati dan menjadi sahabat yg sejati..doa mengiringi kepada semua kenalan yg mengenali diri ini..semoga tahun baru membuka lembaran yg indah utk kita semua InsyaAllah..

Friday, September 28, 2012

Bahtera Hidup : Kisah Bermula

       
     Di sebuah negeri masyhur, seorang nakhoda kapal punya seorang isteri yang rupawan bakal melahirkan seorang putera ke dunia ini. Nakhoda kapal ini telah mengembara beberapa lautan, segalanya dipelajari dalam pengembaraan meredah dunia. Kini usianya kian susut dimamah hidup ini, harapannya pada sang putera yang bakal dilahirkan ke dunia ini. Harapan agar puteranya bakal menyambung legasi nakhoda dalam merentas dunia di lautan luas. Hari demi hari silih berganti menanti lahirnya putera itu. Cinta nakhoda dan isterinya begitu dalam untuk menantikan putera sulung mereka.

      Pada suatu malam yang indah dan sunyi, sedang nakhoda nyenyak di kamarnya. Si isteri tidak merasa selesa, lalu mengerakkan nakhoda yang nyenyak beradu di kamarnya. Tanpa disedari ombak dan angin yang kuat menghempap bahtera mereka. Hujan yang lebat berserta kilat dan guruh silih berganti, nakhoda lantas bangun untuk menenangkan isterinya yang sarat mengandung. Keadaan bahtera tidak terkawal akibat ombak dan angin yang kencang. Nakhoda melindungi isterinya yang sarat mengandung itu sementara anak-anak kapal semuanya mengawal bahtera. Dalam keadaan isteri nakhoda yang sarat itu, nakhoda cuba menenangkan keadaan isterinya yang sarat itu. Perasaan nakhoda gundah melihatkan keadaan isterinya yang lelah. Nakhoda memeluk erat isterinya agar dapat menenangkan keadaan, mereka menanti kelahiran putera sulung dalam keadaan yang sangat lelah dengan ribut yang melanda bagai melahirkan seorang pewira yang bakal mengegar dunia. 




      Nakhoda berlari pabila bahteranya tidak terkawal oleh anak-anak kapalnya, Nakhoda segera mengemudi bahteranya dalam menempuh ombak yang menggulung tinggi. Jiwa nakhoda bagai berentakan meninggalkan isterinya bersendirian di kamarnya. Bahtera seakan-akan tidak dapat melawan angin dan ombak yang mengila bagaikan tiada arah. Nakhoda mengerah tenaga sekuat hati untuk memastikan segalanya terkawal, percikkan ombak yang membedil bahtera membasahi semuanya. Si isteri berteriakan mengerang kesakitan yang dialami untuk melahirkan sang putera sulung mereka. Mendengar teriakan itu, nakhoda lantas berlari, dengan keadaan bahtera yang tidak terkawal nakhoda terjatuh lalu kakinya tertusuk cebisan kayu. Teriakan si isteri semakin kuat, nakhoda terpaksa merangkak dalam keadaan kakinya yang berdarah kembali ke kamarnya untuk menenangkan si isteri yang sedang berjuang melahirkan putera sulung mereka. Kala ribut mengusung perasaan mereka, terdengar tangisan bayi dari kamar nakhoda. Maka lahirlah seorang putera di muka bumi ini. Secara tiba-tiba ribut pun segera reda dan keadaan menjadi sunyi dan hanya tangisan sang putera kedengaran. Betapa syukur dan gembiranya nakhoda melihat sang putera dilahirkan di muka bumi ini. Hanya rasa syukur dapat diungkapkan nakhoda dan isterinya dalam menyambut kelahiran putera sulung mereka. Kini bermulalah sebuah kisah hikayat ceritera seorang putera pengembara merentas dunia.



( Kisah seterusnya akan bersuara....inilah bayi itu,rambut belah tepi,encem bukan?? ..shhh...)

Bahtera Hidup : Sebuah Kehidupan

      Kehidupan nakhoda dan isterinya begitu berseri-seri dengan kehadiran sang putera ke bumi ini. Mereka begitu gembira melihat sang putera yang telah dilahirkan dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Harapan agar sang putera akan menyambung legasi nakhoda dan meneruskan kegemilangan yang dikecapi. Suatu perjalanan yang masih panjang untuk sang putera tempuhi untuk menjadi seorang pahlawan dan nakhoda yang ulung. Segala perancangan dilakukan untuk memastikan sang putera menjadi seorang yang hebat.

BaHTeRa HiDuP

     
      Pelayaran hidup ini bagaikan mimpi yang tidak terasa perjalanannya dari mula hingga kini masih terus berlayar. Melihat semua yang terjadi, pasti punya hikmah untuk kita pelajari dan bukannya hanya hanyut lalu lemas dalam kehidupan ini. Perjalanan ini perlukan bekal yang dibawa untuk terus hidup selamanya dalam menuju destinasi terakhir. Walau badai dan ombak menggulung tinggi menghempap pelayaran bahtera hidup ini, namun tenanglah selagi belum sampai ke perjalanannya. Setiap yang menghalang adalah satu wadah untuk kita perbaiki dan pelajari supaya kita dapat terus berlayar menuju destinasi itu. Bawalah segala yang termampu untuk belayar di lautan dunia yang luas dengan bermacam beribu bencana dan halangan.

      Percayalah bahwa kita kan tiba di tempat itu, namun bukan semudah yang disangka. Dengan hati yang tulus dan terang mampu menuju ke tempat itu. Percaya,mimpi dan semuanya tentang Cinta Abadi. Berlayarlah Bahtera menuju destinasi itu. 

Tuesday, August 14, 2012

Cahaya Mentari

       
 
       Terbit lagi mentari kini menerangi semua yang bernyawa dalam meneruskan kehidupan ini. Walau apa jua yang terjadi pasti ada pelajaran yang harus kita renung dan fikirkan. Sejenak terhenti di benak hati ini senantiasa ingin tenang dalam segala rasa. Hidup ada perjalanannya untuk dituju, bukannya seperti tiada arah melewati waktu yang terus berputar. Jangan pernah berhenti dalam mendalami segala kisah dunia yang indah dan suram, kerna ada sesuatu yang bermakna di balik itu. Menyentuh segala yang terjadi,pasti ada sinarnya menerangi dalam kegelapan hati yang kelam.Percayalah bahwa cahaya itu pasti terangi perjalanan menuju abadi. Jangan pernah berhenti untuk terus melangkah dan berlari ke arah cahaya itu.

     

Saturday, May 26, 2012

yesterday

since yesterday,everything will be different..we will nvr be the same again..

Thursday, March 10, 2011

Taman Mimpi (A)



   Malam ini begitu sepi dan sunyi,masih lagi terasa kedinginan malam yang menyapa.Jiwaku tenang disampingnya,biarpun berjauhan namun hati ini begitu dekat dengan jiwanya.Biarpun begitu banyak dugaan dan cobaan yang menimpa namun itu hanyalah satu ujian untuk menempuh hari-hari yang makin berliku.Melihat langit yang gelap di atas sana, seakan-akan dapat melihat bayangannya di langit itu.Jiwanya dan jiwaku kini di Taman mimpi.Begitu indahnya taman mimpi ini,jiwaku begitu riang bersama jiwanya di taman ini.Di sini,kami bebas dari segalanya.Kami mampu terbang bersama setinggi-tingginya dan seindah-indahnya.Di taman mimpi ini tempatku melayang bersama mimpi yang terang.